Sunday 8 May 2011

Sambutan Hari Ibu..

Semalam 8 Mei 2011 adalah sambutan Hari Ibu..So bagi anak2 suma ramai la yg sibuk nk cari hadiah utk diberikan kepada ibu tersayang..ada yg bagi hadiah, ada yg belanja ibu makan malam (bagi yg dh kerja la), ada yg tolong ibu buat kerja rumah, ada yg bawa ibu jalan2 makan angin dan shopping dan macam2 lagi..kiranya pd hari tu ibu tak payah nk buat kerja... just rileks jer...apa2 pon tak kisah la macam mana cara kita nk  sambut hari tersebut dengan ibu tersayang..bagi yg ada ibu hargailah ibu anda semasa dia masih ada...bagi aku hadiah  Hari Ibu yg dapat diberikan hanyalah sedekah Al-Fatihah..27 Mei ni juga akan genap 20 tahun arwah ibu kembali ke rahmatullah.Sesungguh tiada siapa yg dapat menggantikan tempatmu..Semoga ibu tenang disana dan ditempatkan dikalangan mereka yg solih....AMIN....

DALAM KENANGAN - RAMAH BT. ABD AZIZ ( 1947-1991)

Wednesday 4 May 2011

Wahai lelaki melayu...Oh wanita melayu

Zaman semakin maju dan canggih tetapi sikap org kita semakin mundur dan ketinggalan hanya disebabkn kerana mengejar keseronokan yg tak berpenghujung..bukan niat mahu mengaibkan bangsa sendiri tapi sekadar muhasabah diri dan utk direnungi...

Siapa yg paling  ramai  menagih dadah?  = lelaki melayu
Siapa yg paling ramai jadi dajal rempit?   = lelaki melayu
Siapa yg terkenal dgn gelaran bohsia?     = perempuan melayu
Siapa yg paling ramai buang anak?          = perempuan melayu
Siapa yg paling ramai lari ke lombok?     = perempuan melayu
Siapa yg paling ramai jd keldai dadah?    = lelaki dan perempuan melayu
Siapa yg paling ramai sumbang mahram? = lelaki melayu
Siapa yg paling ramai jd GRO?               = wanita melayu

dan yg paling PENTING..siapa yg suka memecahbelahkan org melayu = org melayu juge...

So..mungkinkah kata2 Laksamana Hang Tuah bahawa "takkan melayu hilang didunia" akan menjadi kenyataan???
Buat masa nie tak ada apa2 cerite yg menarik lg yg dpt dimuatkn kat sini...coming soon..standard ler..masih baru. tp blum apa2 lg dh ada follower...kira hebat juge ler aku nie...